Jumaat, 9 Disember 2011

Adakah anda mengalami sembelit ketika menjalani program diet SD2 ?

Fibre Max
Natural fibre food powder

Adakah anda mengalami sembelit ketika menjalani program diet SD2 ?

Tanda-tanda:
Sembelit atau masalah buang air besar. Tidak kerap buang air juga mungkin berlaku jika anda sudah menjalani program diet SD2.

Sebab:
Pertukaran jenis makanan secara tiba-tiba boleh menyebabkan masalah ini sebagaimana anda mungkin telah lalui jika melancung ke negara lain. Anda juga mungkin kurang minum air, kurang senaman dan kurang makan serat disebabkan tidak boleh memakan buah-buahan dan juga anda masih kurang mengambil sayur-sayuran.

Apabila anda sembelit, anda mungkin juga kerap mendapat kekejangan otot, merasa kembung atau bloating, sakit kepala, sakit belakang dan merasa sembab serta tidak selesa.

Bagaimana mengatasi masalah ini:
Anda perlu mengambil makanan tambahan serat atau fiber supplement untuk mengatasi masalah sembelit. Pilihan anda diantaranya termasuk serbuk serat Fiber Max yang tidak berperisa yang boleh di beli bersama-sama Slim Diet II. Minum air yang cukup, cubalah bersenam dan perlahan-lahan tambahkan jumlah serat yang anda ambil dari jumlah 2 sudu besar setiap hari sekali sebelum tidur dicampur segelas air kosong sehingga sembelit anda hilang.

Kenapa kita perlu minum banyak air ketika berdiet ?


Kenapa ya kita perlu minum banyak air ketika berdiet ?

Apa yang anda sudah tahu: Minum sekurang-kurangnya 2 litre air setiap hari. Minum lebih banyak adalah lebih baik.

Apa yang anda belum tahu. Kenapa ?

Ini adalah diantara sebab-sebab kenapa anda perlu meminum banyak air ketika berdiet:

Sekiranya anda kurang minum air, percaya atau tidak anda berada didalam keadaan dehidrasi (kekurangan air) yg sederhana. Ini boleh menyebabkan badan anda kepenatan atau fatigue. Namun yang paling penting lagi ketika anda berusaha untuk menguruskan badan, keadaan ini menyebabkan metabolisma anda semakin rendah dan penurunan berat badan anda akan menjadi lambat.

Air adalah bahan yang penting didalam badan dan sangat diperlukan untuk enzim penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh/keringat yang sempurna

Air akan menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan

Air adalah penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses didalam se-sel badan

Air adalah penting untuk fungsi penghadaman makanan dan pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit

Ia juga membantu mengekalkan PH yang seimbang didalam badan anda. PH badan yang asidik akan melambatkan pembakaran lemak

Minumlah banyak air semasa anda berdiet SD2 kerana ia bukan sahaja menyihatkan badan anda tetapi juga membantu untuk menurunkan berat badan dengan lebih baik.

Mengapa Perlu Berdiet dengan SD2? Jom Lihat Jawapannya...

Hasil dari kajian khusus dalam journal perubatan oleh sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical School membuktikan keberkesanan menurunkan berat badan berdasarkan PENYIMPANAN PROTIN DAN DIET KETOGENIK. Ianya terbukti:

~Selamat dan Efektif kerana bersumberkan Alami.

~Bertindak mengikut sistem penurunan berat badan secara semulajadi dan maksimum.

~Memulihkan punca pertambahan berat dan bukannya hanya merawat simptom.

~Tidak menyebabkan otot menggeleber atau menyebabkan kendur melaikan otot dan kulit yang mantap.

~Nyahtoksik & pembersihan sistem badan berlaku secara spontan.

~Program yang menawarkan ganjaran hebat dengan penurunan yang cepat berbanding dengan program yang berasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori.

~Berdasarkan jumlah jualan di Asia Pasifik, produk penurunan berat badan dengan NZ New Image SDII telah menurunkan 6000 tan lemak di seluruh dunia sepanjang 21 tahun di pasaran.

~Dijamin hasil yang memuaskan, berkesan, dan menjimatkan.

~SDII adalah program menurunkan berat PERTAMA DIDUNIA yang amalkan teknik diet karbohidrat rendah.

~Memegang cacatan WORLD GUINNESS BOOK OF RECORDS kategori penurunan terpantas.

~Kunci kejayaan SDII ialah: TURUNKAN DIET KARBOHIDRAT + KURANGKAN LEMAK.

~Penurunan purata 1 minggu = 3KG ADALAH PASTI ! (Jika setia pada syarat) Tanpa perlu berlaparan!

Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat. SLIM DIET II membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang seperti protin berkualiti tinggi, pelbagai vitamin, galian mineral dan asid lemak dalam jumlah keperluan seimbang. Ianya juga telah diperkayakan dengan protin (protin soya isolat). Masalah kesihatan yang sedang dialami juga bertambah baik tanpa anda sedari seperti darah tinggi, sakit jantung, masaalah berkaitan pernafasan dan obesiti. Insya’allah. Ianya tidak menyebabkan:

~Rasa lapar yang menyeksakan. Hanya makan makanan anda seperti biasa 3 kali sehari.

~Ianya tiada kesan sampingan dan rasa tidak selesa yang kerap berlaku dalam program penurunan berat biasa yang lain.

Pengurangan berat badan melalui SLIM DIET II adalah mudah, selamat dan berkesan. Pengurangan berat badan adalah PASTI manakala rasa lapar dapat dihindari. Paling penting ialah kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah.

PROTIN

Protin adalah asas kepada semua sel yang hidup. Protin adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud ‘pertama’ kerana protin dikatakan sebagai bahagian tubuh badan manusia yang terpenting sekali.

Protin sering digunakan. Oleh kerana badan kita tidak mampu menyimpan protin, maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel hati pula digantikan setiap 2 minggu manakala sel-sel darah adalah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protin, hanya protin sahaja yang dapat membina, membaiki dan mengekalkan fungsi tubuh kita.

SLIM DIET II atau singkatan SDII dari NEW IMAGE hanya menggunakan Protin Soya Isolat sebagai ramuan asas dalam SDII. Protin soya Isolat merupakan komponen protin yang telah diasingkan daripada kacang soya. Ia membekalkan protin berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telur tetapi bebas dari lemak tepu dan kolesterol.

Adakah Berlari Berkesan Untuk Kuruskan Badan?

Berlari atau jogging merupakan sejenis senaman kardiovaskular yang melibatkan penggunaan otot otot besar seperti peha, betis dan sebagainya dan juga mengakibatkan peningkatan pada kadar degupan jantung.

Berlari akan membantu menambah efisiensi sistem kardiovaskular, yang terdiri daripada jantung, darah dan juga pembuluh darah. Tidak dapat dinafikan, berlari akan membantu meningkatkan tahap kercergasan dan kecergasan, serta membantu mengekalkan kesihatan pada tahap yang optimum.

Dari segi aspek pengurusan berat badan, adakah berlari akan memberi kesan yang baik kepada mereka yang berusaha membakar lemak dan juga menurunkan berat badan?

Ok, sebagai permulaannya, aktiviti aktiviti seperti berlari memerlukan tenaga dan tenaga ini diperolehi daripada sumber pemakanan (yang ditukar kepada bentuk tenaga oleh fungsi badan). Bagi mereka yang obese atau yang mengalami masalah berat badan, apa yang diharapkan adalah dengan melakukan aktiviti berlari dan jogging, sumber tenaga akan diperolehi daripada pembakaran lemak yang berlebihan. Lemak lemak berlebihan ini disimpan dalam bahagian perut, paha, lengan dan juga dagu.

Secara teorinya, bahagian lemak yang dibakar akan mengecil dan akan mengurangkan lapisan lemak yang menyelaputi badan. Kesan daripada ini adalah pengurangan pada berat badan.

Walaubagaimanapun, ini tidak semestinya berlaku.

Bagi mereka yang kurang melakukan aktiviti aktiviti yang menguatkan otot (tidak semestinya pergi ke gim tetapi cukup sekadar mengangkat bebadan sederhana berat seperti dumbbell dan sebagainya. Aktiviti aktiviti ini boleh dilakukan di rumah), senaman berlari yang berterusan akan menyebabkan sistem badan beralih kepada otot (yang lemah) untuk sumber tenaga kerana proses menguraikan otot yang lemah ini lebih mudah.

Otot mempunyai sumber protein yang penting kepada proses metabolisme, yang berfungsi untuk membaiki dan membaik pulih sel sel dalam badan. Protein dalam otot, jika diuraikan kepada bentuk tenaga, akan mengakibatkan otot badan mengecil dan seterusnya menurunkan kadar metobolisme. Kesan negatif akan muncul kerana dengan menurunnya kadar metabolisme, keupayaan badan untuk membakar lemak akan terbantut.

Selain daripada itu, salah satu fenomena yang dilihat oleh mereka yang melakukan aktiviti jogging atau aktiviti aktiviti kardiovaskular yang lain adalah, mereka mengalami kehilangan berat apabila melakukan senaman tersebut secara berterusan, tetapi apabila mereka berhenti daripada melakukannya, berat badan mereka mula naik semula.. Malah, ada yang mengalami kenaikan berat badan yang mendadak sehingga mendapat berat baru yang lebih teruk daripada yang sebelumnya.

Ada dua penyebab kepada fenomena ini. Yang pertamanya adalah seperti yang diterangkan sebelum ini, iaitu disebabkan kehilangan otot yang seterusnya menurunkan kadar metabolisme.

Sebab yang kedua adalah, ‘berat badan’ yang hilang itu adalah air, iaitu komponen penting dalam badan dan bukannya lemak sepertimana yang disangkakan. Penting untuk mengetahui bahawa air adalah elemen penting yang berfungsi membekalkan oksigen dalam proses metabolisme dan juga pembakaran lemak.

Jadi, apakah penyelesaiannya bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan?

Pertama sekali, perlindungan yang secukupnya perlu diberi kepada sel sel otot dengan melakukan senaman senaman berkaitan yang menguatkan otot. Jika menyertai kelab sukan atau gimnasium merupakan pilihan yang mahal, buat sedikit pelaburan untuk membeli sepasang dumbbell, dan juga bangku latihan (bench) yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti senaman otot. Semua ini boleh didapati pada harga kurang RM500.

Dengan menambahkan dan menguatkan sel sel otot, anda akan mengurangkan kecenderungan badan untuk menguraikan protein di dalam otot sebagai sumber tenaga, tetapi sebaliknya akan membakar lebihan lemak yang tersimpan di perut, paha, bahu, lengan dan sebagainya. Anda akan meletakkan diri anda pada landasan yang betul untuk menyelesaikan masalah berat badan.

Selain daripada itu, senaman otot akan menambahkan sel sel otot yang seterusnya meningkatkan kadar metabolisme. Kajian mendapati bahawa penambahan berat otot sebanyak 0.5 kg akan membantu badan membakar lebihan kalori sebanyak 50 kalori sehari.

Ingat, proses metabolisme ini berlaku sepanjang masa tidak kiralah waktu anda sedang tidur, makan, rehat, menonton wayang atau bekerja. Yang membezakan hanya kadar kelajuan sahaja. Jika anda berjaya meningkatkan kada metabolisme badan, dengan mengawal pemakanan anda dan latihan yang berterusan, percayalah, usaha anda untuk melihat berat badan yang baru akan membuahkan hasil.

Saya kongsikan 5 Tip Kuruskan Badan Bagi Mereka Yang Mengamalkan Slim Diet 2


1. Kawal pemakanan

Bunyinya memang selalu dan mudah didengar tetapi amat payah dari segi praktikal. Ini kerana ramai yang beranggapan, mengawal makan bermaksud menahan lapar sehingga boleh membawa kemudaratan kepada badan. Sebenarnya, pengawalan pemakanan yang betul adalah dengan mengamalkan pengambilan zat dan nurien yang seimbang yang diperlukan oleh badan. Jangan sekali kali ‘diet’ dengan berlapar, kerana kelak badan akan merana

2. Kurangkan pengambilan karbohidrat

Makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan roti penting jika seorang itu aktif kerana karbohidrat diperlukan untuk menjana dan membekalkan tenaga untuk aktiviti seharian. Namun, jika masa anda lebih banyak dihabiskan dengan kerja kerja pejabat, karbohidrat yang berlebihan tidak akan menjadi tenaga dan sebaliknya akan bertukar menjadi lemak, dan akan disimpan sebagai ‘spare tyre’ di perut, peha, lengan dan bawah dagu.

Jika sebelum ini anda mengambil sepinggan penuh nasi, cuba kurangkan kepada separuh pinggan, manakala yang lain diisi dengan lauk bersaskan protein seperti daging dan ikan, beserta sayur buah buahan

3. Mula ‘berdamping’ dengan lemak yang baik

Tidak semua lemak itu jahat serta menggemukkan, malah lemak penting sebagai salah satu unsur keseimbangan dalam zat makanan. Antara lemak yang memudaratkan adalah seperti lemak dalam makanan berdaging seperti ayam dan daging, minyak kelapa sawit, marjerin, keju dan makanan segera yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung jika diambil secara keterlaluan.

Manakala sumber makanan berlemak yang memberi kebaikan adalah seperti minyak zaitun, minyak ikan, mentega kacang, buah avocado dan makanan yang mengandungi omega 3 seperti telur.

4. Bersenam/bersukan

Luangkan kira kira 15 minit untuk bersenam, beriadah atau bersukan tiga kali seminggu. Antara jenis senaman yang amat disarankan adalah senaman latihan otot seperti angkat berat, tekan tubi serta senaman lain yang menggunakan pemberat. Aktiviti ini akan merangsang penjanaan otot yang akan meningkatkan kadar metabolisme yang seterusnya akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan.

Jika anda seorang wanita, usah gusar dengan risiko otot yang terlalu besar akibat aktiviti angkat berat. Ini kerana, saiz otot bergantung kepada kebolehan badan untuk menghasilkan testoren dan kaum wanita hanya mempunyai kemampuan kira kira 1/8 daripada lelaki.

5. Ambil protein yang secukupnya

Apabila anda bersenam, anda sebenarnya ‘merosakkan’ dan menjahanamkan sel sel otot. Sel sel ini kemudiannya akan memberi respon dengan membaiki dan menambahbaik otot otot tersebut. Proses ini memerlukan banyak protein. Antara sumber protein yang baik adalah dada ayam, ikan tuna, telur putih dan ikan sardin.

Kenali petua dan cara untuk meningkatkan kadar metabolisme bagi mempercepatkan pernurunan berat badan.


1.Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kaloriwalaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2.Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3.Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4.Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

5.Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajianmenunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.

6.Pedaskan masakan anda – Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang bolehmeninggikan kadar metabolisme.

7.Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8.Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. (agak sukar untuk lakukan, betul tak…:))

9.Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau seharimembantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.

10.Elakkan crash diet. Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalorisehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakarkurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah:

1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi

2.Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak – faktor hormon)

3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas